Asal Telefon Je, Nak Pinjam Duit

Pernah tak ada kenalan yang macam ni?

Asal telefon je, nak pinjam duit. Asal nak nak pinkam duit je, telefon.

Takde pun nak tanya khabar ke. Nak tanya masalah kita ke. Nak tanya perkembangan hidup kita ke.

Mentang-mentang kita lebih berduit, seolah-olah jadi satu tanggungjawab pulak untuk bagi pinjam duit kat dia.

Letih sangat dengan orang macam ni.

Orang yang tak malu. Sampaikan kita pulak rasa malu bila tak boleh tolong.

Tapi serius dah rasa bosan.

Kepada pembaca yang suka pinjam duit, hentikanlah perangai ni.

Dalam dunia ni, ada banyak sangat cara nak buat duit. Jangan dok fikir nak pinjam duit orang je.

Kalau orang lain boleh ada duit, kenapa awak tak boleh?

Cuba kaji balik macamana awak uruskan duit awak. Macamana awak uruskan masa awak. Kenapa awak ni asyik takde duit je.

Kalau awak ada 24 jam sehari. Orang lain pun sama jugak.

Tapi kenapa orang lain boleh dapat lebih tapi awak asyik tak cukup je.

Daripada dok fikir nak pinjam duit dengan siapa, fikirlah apa yang boleh dibuat untuk tingkatkan pendapatan.

Janganlah nak sakit hati bila orang tak bagi. Jangan nak rasa orang jahat. Jangan nak rasa orang tak ada hati perut.

Orang pun ada komitmen jugaklah. Dan bukan tanggungjawab dia nak bagi awak pinjam duit!

Kalau awak rasa orang lain jahat sebab taknak bagi pinjam duit, awak tu lagi jahat sebab menzalimi diri sendiri dan tak mampu menanggung kehidupan sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *