Ala.. Kenapa Tak Cakap?

Ni antara empat perkataan yang saya paling menyampah dalam dunia ni.

Chewah… emo. Hahaha

Tapi serius.

Memang tak suka.

Kalau taknak saya menyampah, tolong jangan guna empat perkataan ni bila bercakap dengan saya.

Hahaha.. lepas ni confirm ada beberapa orang comel yang sengaja akan gunakan ayat ni kan. Saje je..

Orang yang suka cakap empat perkataan keramat ni adalah orang yang MALAS bertanya. Dan suka ASSUME.

Lepas tu bila dia buat kesalahan, dia pun buat-buat macam dia adalah MANGSA keadaan. Dan orang lain sebenarnya yang SALAH.

Serius annoying!

Kalau tak tahu, tolong tanya. Kalau kurang yakin, tolong double confirm. Kalau dah tahu tapi rasa tak sedap hati, tolong tanya pada yang lebih arif.

Jangan ASSUME.

Dan jangan nak salahkan orang yang tak cakap.

Kalau saya nak cakap semua yang saya tahu, awak kena duduk dengan saya 24 jam sehari selama 32 tahun. Boleh?

Orang lain tak tahu apa yang awak tak tahu. Jadi TANYA.

Saya suka orang yang banyak tanya dan banyak cakap dengan saya. Tapi janganlah guna empat perkataan keramat ni.

Okay bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *