Friday November 20, 2009 10:41

Adakah Kita Mendidik Anak Menjadi Seorang Pembuli?

Posted by FadzilahMamat

Semalam seorang kenalan saya telah berkunjung ke rumah. Walaupun saya suka menerima kehadiran tetamu tetapi setiap kali mereka berkunjung ke rumah, saya berasa tidak selesa kerana sikap anak2nya yang terlalu kasar dan agresif.

Semasa anak2 saya dan anak2 beliau bermain bersama, anaknya yang berusia 7 tahun telah menolak Adi ke dinding dengan kuat dan menyebabkan bibir Adi luka dan berdarah. Pada mulanya anaknya kelihatan takut dan ingin bersembunyi di luar rumah. The best part is, kenalan saya memanggil anaknya dan kata, “Takpe, ayah tak marah..”

Saya bukannya nak suruh dia marah atau pukul anaknya, tetapi pada saya at least suruhlah anak dia meminta maaf dan menasihatkan anaknya supaya tidak bermain dengan kasar. Bila dia bersikap begini, secara tidak langsung dia seolah2 menyokong atau membenarkan tindakan anaknya.

Saya tidaklah menyalahkan anaknya 100% kerana saya faham perangai budak2. Kalau dah ditakdirkan bibir luka, Adi main sorang2 pun boleh kena jugak.. Tetapi sikap rakan saya ni betul2 mengecewakan saya.

Bila jadi macam ni, teringat pulak saya kepada pepatah orang tua, “Sayang anak tangan-tangankan..” Dulu saya tak faham pepatah ni. Yelah, kalau sayang anak, kenapa nak kena pukul pulak, kan?

Tetapi bila saya menjadi ibu kepada dua anak lelaki yang sedang membesar ni, saya mula memahami bahawa kadangkala kita perlu memukul (read: berpada2) sebagai satu cara untuk mendidik mereka.

Berbalik kepada cerita saya tadi, jika beginilah cara rakan saya mendidik anak beliau, tidak mustahil satu hari nanti anaknya akan menjadi pembuli, kerana “Ayah tak marah…”



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!