Kisah Bakal Penulis Yang Terlebih Excited Dengan Website FastPencil.com

Pagi ni bangun tidur dalam keadaan yang sangat mengantuk. Mana taknya kalau semalam saya tidur hampir jam 5 pagi.

Kenapa tidur lambat? Buat apa tu?

Sebenarnya semalam saya membuat aktiviti blog-walking ke blog-blog tersohor. Di samping menambah ilmu di dada dengan membaca isi kandungan yang sangat ilmiah dan membina, saya juga melihat apa yang ada di sidebar blog-blog tersebut.

Di sidebar blog Ustaz Hasrizal iaitu SaifulIslam.com, saya melihat widget Recent Activity oleh Facebook. Wah, macam menarik je kan.. So apa lagi saya pun buatlah untuk blog SMART Consultant Team.

Kenapa tak buat kat blog ni jugak?

Sebab blog ni kan bersifat peribadi. Jadi kononnya tak perlulah buatkan. Tapi kalau ada pun bagus jugak, sebab boleh tengok artikel mana yang di’Like’ @ di’Share’ oleh pengunjung.

Okey.. okey.. saya buat sekarang!  🙂

Kat blog Ustaz Hasrizal tu dia share pasal FastPencil.com, iaitu satu website yang membantu kita untuk compile dan edit entri blog kita untuk dijadikan buku. Wow! Memang itulah yang saya cari-cari selama ni. So, apalagi, terus la pergi ke website tu.. register.. login.. eksport blog post.. preview.. edit.. preview.. edit.. sampailah pukul 5 pagi. Kiranya memang tak ingat dunia lagi dah! Hehehe..

 

Ok, taknak tulis panjang-panjang. Nak cari idea untuk buku Tips Membina Keyakinan Diri oleh Fadzilah Mamat. Semoga impian untuk menulis buku akan menjadi sebuah kenyataan. Amin…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *