Wednesday March 10, 2010 23:46

Usahawan Jadi Pensyarah IPTA

Posted by FadzilahMamat

Sumber: Utusan Malaysia Online – Kampus

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan usahawan tempatan yang berjaya menjadi pensyarah sambilan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mekanisme itu penting bagi memastikan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) tenaga pengajar itu selari dengan kehendak universiti dan industri.

Beliau berkata, langkah berkenaan dilakukan kerana hampir semua pensyarah yang mengajar subjek keusahawanan di IPTA kini tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang usahawan.

”Walaupun cadangan itu belum pernah dilaksanakan di IPTA, beberapa buah universiti di negara-negara Barat telah membuktikan bahawa lebih mudah usahawan mengajar pelajar keusahawanan.

”Ini kerana pengetahuan keusahawanan bukan hanya berasaskan teori tetapi juga pengalaman usahawan mengurus perniagaan mereka dan soal bimbingan selepas keluar daripada universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung ACCCIM, Datuk David Chua.

Sehubungan itu, Saifuddin memberitahu, kementerian kini dalam proses menyiapkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum dilaksanakan.

”Jika sempat kita mungkin akan melaksanakannya pada sesi pengajian akademik bulan Julai ini di IPTA yang telah mempunyai kursus keusahawanan sebagai projek perintis.

”IPTA tersebut adalah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Ditanya mengenai kadar bayaran kepada tenaga pengajar itu, beliau berkata, adalah lebih baik jika pihak industri dapat mengutamakan tanggungjawab sosial korporat mereka.

”Lagipun, tempoh masa pengajaran mereka hanyalah beberapa jam dalam seminggu dan saya yakin ia tidak akan menjejaskan operasi perniagaan mereka,” katanya.

Komen saya:

Seronok rasanya bila baca berita ini. Maklumlah saya memang bercita-cita sangat nak menjadi pensyarah keusahawanan. So, andaikata saya tidak boleh menjadi pensyarah tetap mungkin saya boleh menjadi pensyarah sambilan di samping meneruskan aktiviti bisnes saya.

Mungkin juga dengan cara ini saya dapat fokus untuk memajukan bisnes saya dan pada masa yang sama mencapai impian untuk bergelar pensyarah di dalam bidang keusahawanan.

Harap rakan-rakan tolong doakan saya ye…



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Usahawan Jadi Pensyarah IPTA

Avatar

min

March 11th, 2010 at 9:15 pm

good luck to you…hehe…semoga impian menjadi kenyataan……jadikan kedua2 kerjaya tu nanti seimbang…

Avatar

admin

March 11th, 2010 at 9:32 pm

Tq Min..

Akak harap kita sama-sama berjaya. Insya’Allah..

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!