Saya Akan Memulakan Pengajian PhD Bermula Jun 2010
Sejak kebelakangan ini ramai rakan-rakan mula bertanya tentang perkembangan pengajian PhD saya. Maklumlah sebelum ini bersemangat sangat nak memulakan pengajian PhD, pastu tetiba diam je.. Macam dah tukar plan je kan? 🙂
Walaupun saya telah mendapat surat tawaran daripada pihak UTM yang membolehkan saya untuk memulakan pengajian pada bila-bila masa, tetapi setelah berbincang dengan keluarga dan suami tercinta, mereka menasihatkan saya supaya memulakan pengajian selepas selesai berpantang nanti.
Sebagai seorang anak dan isteri solehah (ehem-ehem), sudah pasti saya mendengar nasihat mereka. Tambahan pula semakin hari kandungan saya semakin membesar dan saya juga semakin tidak sihat untuk bergerak aktif. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memulakan pengajian PhD bermula bulan Jun nanti. Insya’Allah..
*Harap-harap baby saya nanti tak jadi macam ni..
Kebetulan pada masa yang sama bisnes unit trust saya secara online juga menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Boleh dikatakan setiap hari saya dihubungi oleh bakal pelabur dan juga bakal ejen yang berminat untuk mengetahui tentang pelaburan unit trust.
Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak. Siapa sangka, dengan kemudahan teknologi internet, mak buyung yang sedang sarat mengandung pun boleh buat sales tanpa perlu keluar rumah. Alhamdulillah…
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para klien baru saya di seluruh Malaysia yang sudi menjadi klien saya walaupun tanpa bersua muka. Insya’Allah saya akan sentiasa berusaha untuk memberi servis yang terbaik dan tidak akan sesekali mengambil kesempatan di atas kepercayaan anda terhadap saya.
Ikhlas,
- Tak Sabar Menunggu Kelahiran Baby
- Bagaimana Nak Buat Tandatangan Kat Blog
Sy sangat kagum dengan semangat yang mcm ni…berbisnes dan masih terus ingin menambahkan ilmu ke peringkat tinggi bidang akademik…
Semoga terus sukses dan tabah menghadapi liku-liku yang pasti lebih mencabar…PHD + Bisnes !!
Good luck!
sy bangga kerana anda kawan saya…dan saya juga jeles kerana anda lebih berjaya dr saya…so, saya tak mau terus jeles n saya juga ingin menjadi orang yang boleh dikagumi seperti anda…..
@Min : Jomlah kita sama2 sambung PhD. Akak tahu Min pun boleh..
@Ati : Tq.
@Jie : Janganla cakap macam tu Jie. Kejayaan tu kan subjektif. Di mata aku dan kawan2 lain, ko pun berjaya. Berjaya menjadi engineer di syarikat ternama, berjaya kahwin dan dapat suami yang baik, berjaya dapat anak yang comel dan sihat dll. Bukan semua orang boleh dapat apa yang ko dapat tu.. 🙂
betul…kan aku dah bgtau, aku nak menjadi seorang yang boleh dikagumi..mungkin dengan cara yang lain tp yang penting leh satisfy diri sendiri….
tiru macam saya:-
saya dah ada phd pada age 30thn
model bertudung
pensyarah
pakar psikologi
kaunselor
pemilik 3 butik – busana muslimah trendy,
1 klinik motivasi minda
2 cafe
managing director platinum hope sdn bhd
penunggang motor besar
ada 1 bmw X6
dalam perancangan nak beli brabus merc
ada 1 motor besar ducati 750 series
ada banglo mewah di seksyen 7 shah alam
ada tanah dusun di pahang
ada 2 buah rumah kebajikan di KL
ada 3 buah rumah sewa
ada 2 buah kondo sewa
saya asal dari family yang biasa-biasa sahaja..tetapi berbekal semangat, dalam usia 32 saya sudah jadi jutawan
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH TAALA
sembahyang jangan tinggal, sentiasa berzikir, bersedekah, jadilah muslim & muslimah sejati, kuatkan semangat dan keazaman yg tinggi
saya setinggi 160cm, seberat 48kg, apalah kekuatan yg ada pada seorang wanita seperti saya yang kalau orang tak kenal mesti sangkakan saya hanya wanita biasa.
Alhamdulillah.. saya kagum dengan pencapaian saudari.