Kisah Orang Yang Nak Buat PhD Tapi Tak Siapkan Lagi Research Proposal

Petang semalam saya telahpun menghubungi pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar PhD terutamanya berkenaan Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan di dalam Budget Mini 2009. Menerusi pembiayaan ini, pelajar PhD boleh mendapat biasiswa sehingga RM20,000 bagi menampung yuran dan perbelanjaan yang berkaitan.

Malangnya program pembiayaan ini telah pun ditutup. Namun begitu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga ada memaklumkan kepada saya bahawa mereka baru sahaja membentangkan cadangan@ proposal untuk skim pembiayaan yang lain (yang akan membiayai yuran pengajian dan memberi elaun bulanan melebihi RM1000 sebulan kepada pelajar PhD sepenuh masa). Jika proposal ini lulus, pelajar yang sedang/akan mengikuti pengajian PhD boleh mula membuat permohonan bermula September 2010.

Namun begitu, pelajar pascaijazah (Masters/PhD) masih lagi berpeluang untuk memohon biasiswa SLAB/SLAI yang ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan seperti UniMAP, UPSI dan UMP ataupun memohon skim tutor yang ditawarkan oleh kebanyakan IPT.

Saya juga bercadang untuk memohon SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) selepas saya menyiapkan research proposal saya nanti. Ini kerana research proposal perlu dilampirkan beserta sijil-sijil akademik pemohon.

Sekarang ni saya sedang cuba mendapatkan bahan untuk menyiapkan research proposal. Walaupun perkara ini merupakan perkara paling asas di dalam pengajian PhD, saya rasa tugasan ini sangat mencabar. Ini kerana saya perlu membaca tulisan-tulisan akademik dan juga literature review daripada tesis-tesis terdahulu yang saya rasakan sangat memboringkan.ย Kalau diikutkan, kajian saya nanti adalah di dalam bidang keusahawanan dan tidaklah terlalu akademik. Namun hakikatnya saya perlu membaca kajian-kajian akademik yang terdahulu bagi menyiapkan research proposal saya nanti.

Secara peribadi, saya lebih rela meluangkan masa membuat kajian tentang peluang-peluang perniagaan terkini dan membaca kisah-kisah kejayaan para usahawan daripada membaca tulisan-tulisan berbentuk akademik yang berbentuk skema dan terlalu banyak rujukan. Pening kepala saya dibuatnya..

Semalam saya cuba membaca literature review berkenaan topik keusahawanan. Tidak sampai setengah jam, saya rasa ia terlalu membosankan.

Last-last saya berhenti dan menggunakan masa saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan terkini dan juga membaca kisah-kisah motivasi keusahawanan sehingga saya tidur hampir pukul 5 pagi.

Saya memberi tempoh sehingga hari Khamis ini untuk saya untuk menyiapkan research proposal dan bercadang untuk mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah pada hari Jumaat. Sekarang saya masih mencari-cari mood untuk menyambung kembali kajian yang tergendala.

Stay tune untuk mengetahui perkembangan terkini saya. Bubbye!

18 thoughts on “Kisah Orang Yang Nak Buat PhD Tapi Tak Siapkan Lagi Research Proposal

    1. admin Post author

      Projek Masters saya adalah merangka sebuah business plan yang viable dan mereka bentuk prototaip sistem berasaskan 'Online Job Outsourcing System'.

    1. admin Post author

      45 tahun muda lagi. Teringat dulu kata-kata cikgu saya yang bila orang tanya dia kenapa dah tua-tua sibuk nak sambung belajar.

      Dia jawab, "Kalau tak belajar pun tua jugak, lebih baik makin tua makin pandai.." ๐Ÿ™‚

  1. ooi hwa

    hmmm…. ini dikira dilema lerr jugak…. saya baru nak habis degree november tahun ni…. tapi saya kurang pasti sama ada hendak sambung master/phd pulak lepas ni? so nak tanya pendapat… kalau pointer bagus, saya boleh terus sambung phd tanpa belajar master… tapi saya nak tahu apa cabaran/dugaan yang bakal saya tempuhi…. boleh cerita serba sedikit? terima kasih diucapkan…

  2. me-mo

    salam,

    bg sy buat phd agak perit jgk. antara faktor utama adalah faktor dlm diri. baru cuti beberapa hari otak terasa seolah-olah eku utk start balik :'(
    kdg2 terlintas jgk bleh habis ke tak phd ni ๐Ÿ™

  3. najah

    Hakikatnya ramai yang mahu sambung master atau PHD kat mesia ni tapi memikirkan pasal proposal ramai yang cuma memasang impian.Yang berani dan sanggup meredah saat sukar tu pasti akan menjadikan impian satu kenyataan.Macam melihat taman taman indah diseberang sungai.Hanya yang yakin boleh saja akan sanggup cari ikhtiar mengharung air..guna pelampung ke,sampan ke atau gayut kat kapal orang lain nak ke sana.So yakin boleh dan semoga anda semua selamat sampai ke lokasi impian dengan jayanya.Cabaran sikit2 tu anggaplah penyeri kehidupan anda yang mungkin amat membosankan tanpa adanya peristiwa2 suka duka…. BRAVO!!!

  4. khairi

    salam…
    nak buat phd tak sama dgn master,,,itu kena ingat…dan kena tahu apa itu phd…n kajian nya…supaya ilmu phd nanti dapat digunakan oleh masyarakat…selain tuan badan sendiri dan jugak menyumbang new idea dlm kesarjanaan ini..dan bukan dapat phd ini sudah tutup buku…jalan nak dapat phd jugak sebahagian dari phd..harap maklum..

  5. sunan

    sy sokong apa yg dikatakan en khairi tu…phd adalah satu yg sgt bbeza bbanding master & degree…phd perlukan satu fokus yg lebih bbanding master n degree..boleh sy katakan, untuk degree 3 fokus, master 5 fokus dan phd myb bole menjangkau 15 fokus…

  6. izan

    saya pun masih dalam proses nak buat proposal..memang mula2 nak start tak tahu nak buat apa..harap2 dapat habiskan phd dalam masa yang ditetapkan..InsyaAllah

  7. faieza

    Saya dulu ada juga buat research proposal untuk mohon biasiswa SLAI. Hentam buat saja. Tak baca literature review pun. Bila dah mendaftar PHD, supervisor saya tanya, nak buat research apa? Saya kata, saya tak de idea pun. Terpulang pada Dr. So, saya pun start buat research proposal yang baru dan present di jabatan. Research proposal yang baru tu based on idea supervisor saya.

  8. MUMTAZ MOHD BOHARI

    Assalamualaikum, saya mengalami masalah yg sama… Apa kesudahan cerita awak ni?? Sy sekarang da sem 4, tp masih proposal lg… Hmmmm… Mood makin hilang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *