Jom Jadi Islamic Financial Planner!

Tahun lepas saya sudahpun lulus Modul 1 program IFP. Kalau ikutkan hati tak sabar nak mengikuti modul berikutnya (kesemuanya ada 6 modul), malangnya pihak penganjur tak cukup peserta dan tak teruskan.

Alhamdulillah minggu lepas dapat berita baik dari seorang rakan UTC iaitu En Faizul Amin. Beliau memaklumkan program IFP akan diteruskan di Johor di bawah pengurusan Polytechnic Metro Johor Bahru.

Kelas Modul 1 akan bermula tidak lama lagi dan diikuti dengan Modul 2 pada bulan Oktober. Keseluruhan modul mungkin akan tamat sekitar penghujung tahun 2013.

Happy sangat mendengar berita ni sebab saya memang dah tak sabar nak bergelar Islamic Financial Planner.

Kepada rakan-rakan ejen unit trust, ejen takaful, ejen wasiat, ejen cukai atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu perancangan kewangan Islam, jomlah join kursus ni. Tak rugi belajar urus kewangan. At least untuk diri sendiri dan orang terdekat dengan kita.

Untuk maklumat lanjut tentang program ni, boleh rujuk di siniĀ http://www.ifpexchange.com/class-schedule/jan-2010-intake/175-april-2012-intake.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *