Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Hari ini saya telah menemankan suami saya untuk mendaftar sebagai peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Larkin, Johor.

Sebelum kami pergi bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya terutamanya dari segi penginapan. Saya nak pastikan samada dia wajib tinggal di asrama ataupun tidak. Maklumlah kami sudah mempunyai 2 orang anak lelaki yang tengah aktif (Muhammad Aidil Iqbal – 4 tahun dan Muhammad Adi Irsyad – 18 bulan) dan saya tidak boleh bayangkan kalau saya terpaksa menjaga mereka seorang diri selama hampir setahun suami saya berkursus nanti.

Setelah semua sesi pendaftaran selesai, saya rasa tersangatlah lega kerana peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya!

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari maklumat tentang KPLI, di sini saya kongsikan beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada anda:

1. Peserta KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM13++ setiap bulan sepanjang tempoh kursus (tp elaun ini hanya akan diterima selepas bulan ketiga – biasalah tu… )

2. Tempoh kursus adalah selama setahun dan mengikut jadual sesi persekolahan Malaysia (maknanya kalau sekolah cuti, peserta KPLI pun akan bercuti. Best kan?)

3. Sekarang ni KPLI hanya menyediakan kursus untuk mengajar di Sekolah Rendah sahaja.

4. Gaji guru KPLI adalah lebih daripada guru biasa (Kalau tak salah, beza dalam seratus lebih – Kira okay jugakla sebab peserta KPLI ni belajar lebih lama daripada guru biasa)

5. Ramai peserta KPLI yang bercinta dengan rakan sekursus (Fakta penting ni! Kepada sesiapa yang mempunyai tunang/kekasih yang bakal menyertai KPLI sila berhati2 dengan fakta ini sebab terdapat banyak kes putus tunang apatah lagi putus cinta.. )

Hihihi… setakat ini sahajalah info tentang KPLI untuk hari ini. Jangan marah..

p/s : Anda juga boleh layari laman web ini http://www.ekpli.com untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga rahsia untuk lulus cemerlang di dalam KPLI.

8 thoughts on “Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

  1. FadzilahMamat

    Hi Ika,

    Saya doakan Ika berjaya di dalam interview nanti..

    Lagipun saya ada terdengar peserta KPLI ambilan Jun kebanyakannya akan ditempatkan di Sabah. Memandangkan Ika berada di Sabah, mungkin peluang Ika lebih cerah.

    Good luck in your interview!!

    <abbr>FadzilahMamat´s last blog post..Surat Daripada SC Berkenaan Status Shariah Pelaburan ASB/ASN</abbr>

  2. HANIZA

    erm..thank for the info sis!saya nak apply kpli .tp selalu terlepas sebab x tau bila nak apply.kene sentiasa check moe website ker?
    by the way ,saya nak tau gaji guru di bayar berlainan mengikut subject yang di ajar ker? atau semua guru kpli sama?
    dan ada info yang mengatakan kalau choose subject selain dari bm,bi math & sains peluang lebih bagus yer….
    thank you.i await for your reply sis.

  3. Shah

    Salam..thx ngn info terutamanya tentang b'cinta dengan rakan sekursus..hehe..mmg bhy tu..biase la..dh kuar insyaAllah dua2 jd cikgu,mest la amik yg dekat dan keje goverment gak.cuma 1 je la..harap sape2 yg amik KPLI ni..niat tu biarlah betul.kerja kerana Allah dan berkhidmat untuk menyampaikan ilmu dengan seikhlas hati..jgn nak kejar habuan je.yang plg penting jgn mkn gaji buta.xberkat duit tu.setakat ni sy rs pekerjaan guru plg mulia drpd profesion yg ade kat gov.sy dh muak ngn kakitgn kerajaan yg makin gaji buta,tiap bulan dpt elauns tp keje xseberapa,then mintak lak bonus,pastu ade yg mintak percent(rasuah)..sy keje swasta and penah nmpk dpn mata dgn xsegan silunya pegawai gov mintak percent.malu jd org melayu dan Islam ms tu psl die minta dengn cina.cina tu sendiri respect Islam.xnak bg rasuah psl tahu haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *