Monday May 5, 2008 19:43

Saya Akan Mengikuti Program Francais Siswazah..

Posted by FadzilahMamat

Pada pertengahan Jun ini saya akan menyertai Program Francais Siswazah di Kuala Lumpur selama hampir tiga minggu.

Bagi rakan-rakan yang masih belum mengetahui tentang Program Francais Siswazah, berikut adalah maklumat lanjut:

Program Francais Siswazah adalah program khas bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan, risiko-risiko perniagaan, kelas motivasi serta menjalani praktikal di outlet francaisor yang dipilih.

Selepas latihan, peserta juga akan dibimbing untuk penyediaan rancangan perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada PNS dan lain-lain institusi kewangan. Program ini menawarkan pembiayaan dan pinjaman maksima sehingga 90% atau RM500,000.

Walaubagaimanapun, bakal usahawan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan kos perniagaan. Ini merupakan komitmen mereka dalam menjayakan perniagaan francais masing-masing. Namun demikian, kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh panel pembiayaan kewangan.

Secara ringkasnya, program bersepadu ini amat menarik dan menguntungkan para peserta terutama dalam aspek keusahawanan dan perniagaan francais. Tiga aspek utama yang diberi penekanan iaitu latihan dan bimbingan, pembiayaan dan pemantauan, diyakini boleh menjadikan golongan ini seorang usahawan francais ataupun francaisi yang berjaya

Jika anda berminat untuk menyertai program ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

  1. Mendaftar secara “on-line” di www.pns.com.my
  2. Menghadiri taklimat program dan menduduki Ujian Psikometrik pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan;
  3. Hanya peserta yang lulus temuduga akan ditawarkan untuk menyertai program ini.

Jika anda ingin menghadiri taklimat program dan menduduki Ujian Psikometrik, sila klik di http://www.pns.com.my/pfw-pfs/schedule_2008.html untuk melihat jadual taklimat.

Harap maklum.



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

1 Response to Saya Akan Mengikuti Program Francais Siswazah..

Avatar

zul

June 18th, 2008 at 9:56 pm

salam,
saya merupakan siswazah yang baru tamat pengajian di salah sebuah ipta. saya juga telah mendaftar dan akan mengikuti seminar program francais siswazah pada akhir jun ini. saya ada beberapa persoalan mengenai ujian psikometrik dan temuduga yang dijalankan sebelum terpilih menyertai program tersebut. antaranya ialah apa ujian psikometrik sebenarnya dan bagaimanakah rupa soalan yang bakal diajukan. berkenaan temuduga pula apa antara soalan oleh penemuduga dan jika boleh saya ingin minta sedikit tips dari saudari berkenaan bagaimana untuk terpilih menyertai program ini. terima kasih.

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!