Kenapa Allah Bagi Banyak Kelebihan Kepada Kita?

Pernah tak terfikir kenapa Allah bagi kelebihan kepada kita sedangkan ada ramai lagi orang yang lebih malang dari kita.

Kenapa kita dilahirkan di negara yang aman makmur?
Kenapa kita dilahirkan sempurna?
Kenapa kita dilahirkan cerdas?
Kenapa kita mampu belajar tinggi?
Kenapa kita dapat kerja yang bagus?
Kenapa kita bergaji besar?

Pada pendapat saya, anugerah yang kita ada juga datangnya dengan sebuah tanggungjawab yang besar.

Tanggungjawab untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik.

Allah bagi kita ilmu untuk bantu orang yang kurang berilmu.
Allah bagi kita sihat untuk bantu orang yang kurang sihat.
Allah bagi kita duit untuk bantu orang yang kurang duit.

Kita hanyalah perantara.

Semoga kita sentiasa sedar bahawa kesenangan yang kita ada bukanlah milik kita dan keturunan kita semata-mata.

Ingatlah bahawa rezeki dari Allah dan bila-bila masa boleh ditarik kembali.

*Ingatan untuk diri sendiri yang kadangkala terlalu obses mengejar kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *