Tak Sabar Nak Menginap Di Hotel De Palma Ampang..

Pada 27 Mei yang lepas, saya telah menyertai sebuah pertandingan di blog http://emilayusof.com untuk memenangi penginapan percuma 2 hari 1 malam di Hotel De Palma Kuala Selangor.

Saya turut serta sebab berminat dengan Hotel De Palma yang merupakan hotel patuh syariah pertama di Malaysia.

Ini kerana, kadangkala saya rasa kurang yakin untuk makan di hotel kerana ragu-ragu dengan status halal makanan yang disediakan.

Malah, saya juga kecewa dengan sesetengah hotel di Malaysia yang tidak menunjukkan arah kiblat. Mereka seolah-olah langsung tidak prihatin dengan keperluan umat Islam.

Tak campur lagi dengan tandas yang cuma ada sinki dan shower/bath tub tapi takde paip. Sengsara jiwa dan raga.

Malam ni saya baru sahaja mendapat tahu bahawa pemenang telah diumumkan. Walaupun pemenangnya adalah peserta lain, tapi pihak Hotel De Palma telah memberikan saya hadiah tambahan berupa penginapan 2 hari 1 malam di Hotel De Palma Ampang. Wohoooo!!

Alhamdulillah.. happy sangat. Dan dari satu segi, hadiah ni pun sangat bagus kerana saya pun selalu ke KL. In fact, kalau nak stay kat sana hujung minggu ni pun boleh. πŸ™‚

Bila dah menang, saya pun mulalah ushar info tentang Hotel De Palma Ampang. Dan personally saya rasa tertarik sangat.

 

Gambar dari website rasmi hotel De Palma Ampang

 

Antara yang best..

1. Hotel De Palma Ampang mempunyai surau yang selesa dilengkapi dengan seorang imam sepenuh masa. Hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang mana tetamu lelaki boleh bersembahyang Jumaat di surau hotel. Menurut sis Emila Yusof, bilangan jemaah yang bersembahyang di sini setiap minggu adalah sekitar 2000 orang.

2. Hotel ini juga ada menyediakan program tazkirah, kelas agama dengan bacaan ayat Quran dan juga Qiamullail.

3. Ada restoran makanan timur tengah. I like!!

 

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di website rasmi Hotel De Palma Ampang iaituΒ http://www.depalmahotel.com/ampang.html.

Pada pendapat saya, kemudahan dan pengisian yang ada di hotel ini sangat sesuai untuk keluarga Muslim yang ada urusan kerja di sekitar KL.

Kagum sangat dengan pihak pengurusan hotel ni yang sangat menitik beratkan keperluan seorang Muslim dan membuatkan saya makin rasa tak sabar nak pergi!

InsyaAllah bila dah sampai nanti, saya akan buat review ya. Tunggu…. πŸ™‚

 

 

 

2 thoughts on “Tak Sabar Nak Menginap Di Hotel De Palma Ampang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *