Review Tune Hotel Kota Damansara

Semalam saya bermalam di Tune Hotel Kota Damansara. Jemput baca review di bawah untuk mengetahui pengalaman saya di sini.

Tune Hotel Kota Damansara

Bangunan ni adalah bangunan pejabat yang sebahagiannya disewa oleh Tune Hotel. Reception Counter terletak di tingkat 3A dan tetamu perlu menunjukkan booking slip dan IC semasa mendaftar. Selain itu, tetamu juga perlu membayar deposit pass card sebanyak RM10.

Kali ni saya pilih bilik yang menyediakan Entertainment Package – 24 hour period (32-inch LCD TV with 12 channels) dan juga Air Conditioning (12 hours credit). Jumlah harga adalah sebanyak RM109.25.

Kalau ikutkan menyesal jugak ambik pakej TV tu sebab memang saya cuma tengok sekejap sangat. Yang bestnya, ruang bilik tu agak besar berbanding expectation saya.

Jadi, saya assume bilik yang menyediakan pakej TV adalah lebih besar daripada bilik yang tak ada TV.

Walaupun tilam tak seempuk yang saya bayangkan (berdasarkan pengalaman lepas), tapi bila digabungkan dengan bantal dan selimutnya yang sangat best, saya telah berjaya menikmati tidur yang sangat lena. Chewah….. 🙂

Satu perkara yang saya suka tentang Tune Hotels adalah ruang receptionnya yang tidak berada di pintu masuk utama. Jadi, saya rasa lebih privasi sebab tak ada orang tengok setiap kali saya keluar masuk ke bilik hotel.

Yelah kan, kadang-kadang kita ni bawak benda yang mungkin ‘kurang senonoh’. Jadi, bila tak ada staff hotel yang tengok gerak geri kita, saya rasa bebas dan selesa sangat.

Dari segi parking pula, pada saya okay sangat sebab ada banyak parking tanpa sebarang bayaran. Kalau kat Tune Hotel Penang, ada bayaran RM5 setiap kali parking. Bila dah check in, rasa sayang duit sangat nak keluar lagi. Opps.. terserlah ‘sikap berjimat cermat’ saya. Hahaha!

Dari segi kedap bunyi, rasanya bilik-bilik kat Tune Hotel ni kurang kedap bunyi sebab boleh dengar bunyi orang berjalan dan sebagainya dengan jelas. Tapi takdelah sampai boleh dengar bunyi dari dalam bilik orang lain. Bunyi TV dari bilik lain memang tak kedengaran langsung.

Semoga review ini dapat membantu anda yang sedang mencari maklumat tentang Tune Hotel.

Khidmat review percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *