Apa Yang Saya Suka Tentang Tune Hotels?

Pertama sebab boleh tempah bilik secara online.

Kedua sebab tilam dia empuk sangat!!

Kalau hotel 5 bintang memanglah tilam empuk kan. Tapi untuk budget hotel, pada saya tilam Tune Hotels ni antara yang paling empuk tau. Memang best!

Hujung minggu ni saya akan ke KL dan saya dah pun booking Tune Hotels di Kota Damansara sejak dua minggu lepas. Haha.. semangat tak?

Bukan apa, kalau booking lebih awal ni kosnya lebih murah. Sebab kadang-kadang ada promosi untuk tempoh-tempoh tertentu.

So far saya tak pernah cancel tempahan. Tapi kalau tak silap, kita boleh cancel atau postpone ke tarikh lain. Kira okaylah kan.

Yang tak bestnya adalah ruang bilik yang sangat sempit. Kalau travel dengan keluarga, memang kurang sesuai. Tapi kalau hanya untuk bermalam, memang dah ok sangat.

Jom tengok gambar Tune Hotel Kota Damansara yang akan saya duduki pada hujung minggu ni.

Kecik sangat tapi saya tetap suka!

Update : Bilik yang saya dapat agak besar (mungkin sebab saya amik pakej yang ada siaran TV 24 jam). Tilam tak terlampau best. Tapi bila campur bantal + selimut memang best!

Overall tetap puas hati. 🙂

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *