Tempat Makan Sedap Di Taman Universiti, Skudai – Nasi Ayam Penyet di Restoran Agus

Antara kedai Nasi Ayam Penyet yang saya suka adalah di restoran LC Catering di Tebrau. Ini kerana, ayam yang digunakan bukanlah ayam pencen dan sambalnya juga sedap.

Beberapa minggu lepas, saya singgah di Restoran Agus di Taman Universiti. Dah lama terfikir nak singgah sebab tengok ramai sangat pengunjung kat sini, termasuklah Chinese.

Orang kata kalau sesebuah kedai tu ramai pelanggan Chinese, mestilah sedap kan. Jadi, saya dan suami pun pergi ke sana. Semasa nak order makanan, saya bertanya apa yang glamer kat sini dan pelayan mengesyorkan kami order Nasi Ayam Penyet.

Bila dah makan, memang puas hati. Pada saya, rasanya setanding dengan Nasi Ayam Penyet LC Catering dan jauh lebih sedap berbanding dengan kedai-kedai Nasi Ayam Penyet di Taman Universiti ini.

Tapi harganya agak mahal sedikit. RM7.50 untuk sepinggan. Walaupun lebih murah dari LC Catering, tapi untuk area Taman Universiti ni agak mahal sebab kedai lain biasanya meletakkan harga dalam RM4.50-RM5.50 sahaja.

Jom layan gambar..

20120201-221623.jpg

Ayam dan sambal yang sungguh ‘tendang’

 

20120201-221613.jpg

Satu set hidangan Nasi Ayam Penyet

 

Kat sini pun glamer dengan Sup Ekor dan berikut adalah gambar Sup Ekor yang menjadi santapan suami.

20120201-221638.jpg

Sup Ekor yang power tapi kebetulan masa kami datang, rasanya kurang masin

20120201-221647.jpg

Hidangan lengkap suami

Lokasinya di Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti Skudai. Dan kat bawah ni adalah pandangan hadapan kedai.

20120209-011335.jpg

Gambar diambil dari dalam kereta. 

Selamat mencuba!

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

4 thoughts on “Tempat Makan Sedap Di Taman Universiti, Skudai – Nasi Ayam Penyet di Restoran Agus

  1. wan

    Ada 1 lagi kak dekat foodcourt perling,kedai paling hujung bahagian belakang sebelah KFC….kalu dr jb masuk ke perling ade KFC sebelah kiri,sebelahnya ade foodcourt yg agak suram…depan skit sebelum perling mall ade simpang ke kiri,masuk fan terus ke foodcourt tu..kedai nye lupe ape nama tapi saya selalu ke sana kalo ke perling…akak try la…ibarat permata yg tersembunyi…saya pernah makan agus dan kedai lain,once membe saya kenalkan kedai tu..sy terus admit yg nasi ayam penyet die terbaik…cubalah la,mana tau taste kita sama… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *