Tempat Makan Best Di Taman Universiti, Skudai – Ateh Corner

Petang ni saya dan suami makan di Ateh Corner yang terletak di Jalan Kebudayaan, Taman Universiti (berdekatan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4).

Saya tahu tentang tempat ni menerusi ‘orang kuat’ tempat ni yang merupakan seorang Chef. Dulunya dia merupakan Chef di beberapa buah hotel dan sekarang merupakan Chef di Hospital Columbia Asia.

Sebelum ni bila lalu nampak pengunjung kat sini tapi tak berkesempatan untuk singgah.

Lepas jumpa bakal UTC di Jusco, saya ajak suami mencuba makanan kat sini.

Saya order Sotong Bakar. Harga RM8.00 sepinggan. Rasanya memang sedap. Saya makan macam tu je. Tapi kalau makan dengan nasi pun memang ngam.

20120303-185508.jpg

Sotong Bakar

Pastu saje je order Banana Split sebab nak rasa. Boleh tahan. Siap ada fruit cocktail.

20120303-185516.jpg

Banana Split

Ni pulak makanan yang dimakan oleh suami iaitu Sup Ekor. Menurut suami, dia puas hati sangat sebab lauk banyak. Harga Sup Ekor pun agak berpatutan dalam RM7.00.

20120303-185526.jpg

Sup Ekor siap didatangkan dengan sambal kicap

Bila saya tanya pada pekerja, sebenarnya makanan yang popular kat sini adalah Western Food. Dan kat bawah ni adalah menunya.

InsyaAllah lain kali memang nak cuba Western Food kat sini sebab saya pun nampak ramai yang order.

20120303-185534.jpg

Menu Western Food

Kat bawah ni pulak adalah gambar signboard dari hadapan tempat makan ni.

20120303-185540.jpg

 

Antara yang saya suka tentang tempat ni:

1. Pekerja ramai jadi servisnya cepat.

2. Pekerjanya sangat bersopan santun dengan layanan yang sangat baik dan mesra.

3. Meja dan kerusi yang agak selesa.

4. Harga yang berpatutan.

 

Jadi, kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Skudai, jemputlah singgah kat sini ya. Kalau nak jemput saya sekali pun boleh. 🙂

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *