Tempat Makan Best Di Taman Perling : Restoran Johan

Malam ni saya rasa teringin nak makan Bubur Nasi yang sangat istimewa di Restoran Johan.

20120317-212513.jpg

Sedap! 

 

Bubur Nasi ni agak lain daripada biasa. Kalau kat Johor ni Bubur Nasi biasanya ada kangkung belacan, kacang dan telur masin.

Tapi yang ni pulak tak de semua tu sebaliknya ada banyak paru yang dipotong kecil-kecil. Memang sedap!

Kat Johor ni jugak kebanyakan tempat makan turut menghidangkan Otak-otak. Tapi kat sini mereka hidangkan Pepes. Rasa Pepes ni hampir sama jugak dengan Otak-otak. Mungkin hubungan mereka sepupu kot. 🙂

20120317-212524.jpg

Sedap jugak!

 

Suami order Tomyam Seafood + Telur Dadar + Nasi Putih. Memang tak sempat snap gambar sebab dia dah tak sabar nak ngap.

Tapi suami memang puas hati sangat dengan rasa Tomyam kat sini. Dia kata, memang sesuai sangat nama tempat ni Restoran Johan, sebab kat sini Tomyam dia adalah Johan berbanding tempat-tempat lain.

Abang Iqbal dan Abang Adi pulak makan Nasi Goreng Pattaya. Pun sedap.

Tapi Abang Adi suka sangat dengan Bubur Nasi saya. Sampai nangis-nangis bila saya habiskan. Nak order lagi, kebetulan dah habis.

Abang Iqbal pulak sukakan Tomyam. Sampai licin kuah Tomyam dia hirup.

Pendek kata, pinggan kami semua licin. Kalau tukang masak tengok, mesti tersenyum riang.

Kepada yang nak cari tempat ni, ia beralamat di Jalan Simbang, Taman Perling. Kalau kita nak buat U-Turn dari Taman Perling untuk ke Johor Bahru, Skudai atau Pasir Gudang, kita memang akan nampak kedai ni di sebelah kiri.

 

20120317-212532.jpg

Gambar hadapan Restoran Johan

 

Selamat mencuba!

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

3 thoughts on “Tempat Makan Best Di Taman Perling : Restoran Johan

  1. rizal

    makanan teruk, servis pon teruk, satu jam tunggu makanan, tak sampai2. bukan sorang 2 yg kene, ramai naik mengamuk. cashire dia pon kurang ajar, orang komplain buat muka bodoh dan tak ambil peduli langsung. apa2 pon tak payah lah makan kat kedai ni, teruk sangat2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *