Tempat Makan Best Di Johor Bahru – Steamboat Dataran Bandaraya
Petang tadi kami sekeluarga pergi ke Medan Steamboat Luton Van di Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk menikmati steamboat.
Steamboat merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Tapi bukan semua steamboat. Kalau dah suka satu tempat, memang saya setia. Kiranya kalau nak makan steamboat, inilah tempat yang saya pergi.
Jom tengok gambar..
Abang Iqbal tersenyum riang di hadapan signboard
En Wan yang sempat berposing di sebalik kemeriahan tempat ni
Gerai favourite saya. Bagi saya kuah steamboat kat sini paling best.
Gambar sebelum. Gambar selepas memang tak ambik.
Abang Iqbal & Baby Ali makan steamboat
Kepada yang belum pernah datang sini, jemput mencuba.
Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.




