Tempat Makan Best Di Johor Bahru – Pisang Goreng Mawar

Petang tadi sebelum makan steamboat, kami sempat singgah di kedai yang terletak di perkarangan bangunan di Jalan Sungai Chat, Johor Bahru.

Kedai pisang goreng ini memang sangat popular dan biasa dikunjungi oleh golongan artis, orang kenamaan dan para pemimpin. Tempat ni pun pernah dipaparkan dalam surat khabar. Kalau nak tengok berita tentang tempat ni di Utusan, boleh klik di sini.

Selain pisang goreng, ada juga kuih muih lain seperti karipap, samosa, seri muka, lapis kacang dan juga nasi lemak. Tapi menu utama pastilah pisang goreng yang tersangatlah laris.

Kalau datang tak beratur memang tak sah. Kalau tak sabar, baik jangan datang.

Sebenarnya saya tak terlalu kerap ke sini. Cuma petang tadi tiba-tiba rasa teringin nak makan.

Wah, panjang lebar intro. Jom tengok gambar pulak..

 

20120207-184224.jpg

Harga banyak ni – RM4.00. Kalau ikutkan agak mahal berbanding tempat lain di Johor. Tapi tempat ni ada kelasnya tersendiri, so okay kot..


20120207-184231.jpg

Beserta sambal kicap yang menjadi peneman setia pisang goreng Johor


20120207-184247.jpg

Kesibukan di kaunter tempahan


Kepada peminat pisang goreng @ , bolehlah cuba makan kat tempat ni ya. Kalau datang Johor tak datang sini, memang tak sah.

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

One comment

  1. Papa-NtiQ

    hmmm menarik pisang goreng pun bolih femes…saya dok lama kat JB pun tak tahu…nak kene terjah weekend nih hehehe….menarik blog ni nnt saya dtg lagi. senang2 tu singgah la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik di JOHOR….dan register follower yer TQ TQ TQ maklum la blog baru nih sunyi skit hehe

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge