Sedapnya Pretzel Almond Auntie Anne’s

Petang semalam kami sekeluarga berkunjung ke Jusco Bukit Indah untuk makan-makan dan beli sedikit barang keperluan.

Sampai je terus menuju ke kedai Auntie Anne’s untuk membeli pretzel.

Mula-mula beli satu je. Tapi sebab anak-anak lapar, saya patah balik dan beli lagi dua dan terus makan kat situ.

Saya suka Pretzel Almond.

 

20120305-200420.jpg

 Sedap sangat!

Kat bawah ni gambar Baby Ali sedang menikmati pretzel. Gambar Abang Iqbal dan Abang Adi tak boleh tunjuk sebab boleh masuk kategori 18SG. Maklumlah, masa tu diorang lapar sangat. 🙂

20120305-200426.jpg

Cinta hati umi

Alhamdulillah, seronok dapat menghabiskan masa dengan keluarga tersayang sambil makan makanan yang saya suka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *