Sedapnya Ayam Goreng MekDi!
Tengahari tadi saya dan business partner saya, iaitu Cik Lin makan tengahari bersama-sama di McDonalds Skudai.
Dah lama juga tak makan McD. Tapi disebabkan cuaca yang panas, saya memilih untuk makan di tempat yang berhawa dingin. Aduhai.. makin kerekkah diriku ini? 🙂
Mulut rasa nak makan nasi campur di Arked Meranti, UTM sebab kat sana ada banyak pilihan. Tapi hati nak makan di tempat yang sejuk dan selesa. Lebih sedap nak berbual mesra dan bergelak ketawa, kan?
Saya order Big N Tasty Burger dan Cik Lin order Spicy Fried Chicken. Kesedapan ayam goreng jauh mengatasi burger. Jadi saya terpaksa tolong Cik Lin makan ayam.
Tapi Cik Lin yang terlalu excited selepas close sales besar tak lalu makan. Seketul ayam pun tak habis. 🙂
Na na na na na… I’m loving it!
- Saya Memang Sibuk, Tapi..
- Tersentak..
Suka keluar dengan akak…Thanks sebab tolong Lin
Akak pun suka sangat keluar dengan Lin. Lenkali kita keluar sama-sama lagi ya!