Saya Suka Benda Ni!

Beberapa hari lepas saya pergi servis kereta. Dan setiap kali ke pusat servis, benda yang dituju adalah mesin air kat bawah ni.

20120510-202101.jpg

Maafkan kekampungan saya. Saya memang orang kampung. Masa kecik-kecik tak pernah minum guna mesin ni. 🙂

Bukan hanya air Milo dari mesin ni je. Tapi saya memang suka air milo 3 in 1 yang dihasilkan oleh mana-mana mesin air. Sedap dia lain macam. Secukup rasa milo dan susu. Memang best!

Kalau ikut hati, macam nak beli je satu. Pernah tengok ada kawan beli yang kecik. Tapi kerana takut terlebih minum air manis nanti, saya pendamkan je hasrat di hati.

Kat bawah ni adalah dua gelas air milo yang dah selamat diminum sementara menunggu kereta diservis.

Kalau ikut hati, rasa nak tambah secawan lagi. 🙂


20120510-202107.jpg

Yummy!

2 thoughts on “Saya Suka Benda Ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *