Pernah Makan Roti Canai Cheese Tak?

Beberapa bulan lepas saya cuba makan Roti Canai Cheese. Lemak berkrim dan memang sangat best! Anak-anak pun suka.

Yang tak bestnya tak banyak kedai yang jual ni. Kat Kafeteria Noor yang berdekatan dengan rumah saya pun selalu takde stok Cheese.

Petang semalam seorang klien saya ajak saya minum di Restoran Cheese Paratha bersebelahan Petronas di Taman Mount Austin.

Klien saya memang selalu ke sini dan memang promote sangat tempat ni. Jadi saya pun cubalah Cheese Paratha (nama glamer bagi Roti Canai Cheese).

Alhamdulillah.. memang puas hati. Bila tengok gambar, rasa teringat balik.. 🙂

20120215-090615.jpg

Yummy!

Kepada yang dah terpengaruh untuk mencuba, dan lepas ni dah ketagih dengan Roti Canai Cheese ni, jangan salahkan saya ya! 🙂

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *