Nasi Goreng Udang Di Restoran Santap Sunda Sawargi
Petang semalam kami sekeluarga makan di Restoran Santap Sunda Sawargi di Taman Universiti.
Saya jarang sangat makan kat sini dan tak tahu sangat apa yang menarik kat sini.
Saya order Nasi Goreng Udang dan suami order Nasi Timbel (ala-ala Nasi Ayam Penyet).
Saya tak tahu samada dia tersilap bagi Nasi Goreng Seafood sebab kat dalam ni ada sotong + udang.
Overall saya rasa puas hati dengan order saya sebab ada banyak sangat lauk kat dalam nasi tu.
First time saya makan nasi goreng tapi tak berjaya habiskan lauk dalam nasi. Padahal saya kongsi nasi ni dengan Abang Adi dan Baby Ali.
Bila tengok gambar ni, tetiba rasa terliur nak makan lagi. 🙂
- Keropok Keping Pengkalan Setar
- Terima Kasih..