Lunch Bersama Klien Di Kafe Lavender, Jusco Bukit Indah

Semalam saya telah makan tengahari dengan seorang klien (dan bakal business partner) di Kafe Lavender, Jusco Bukit Indah.

Klien saya yang mengesyorkan tempat ini kerana makanannya yang sedap, suasana restoran yang tidak sesak dan sesuai untuk berbincang dengan selesa.

Ini merupakan kali pertama saya makan di sini tetapi pada pendapat saya rasa Kuey Teow Goreng di sini hampir sama dengan SDS. Mungkin SOP (Standard of Procedure) yang lebih kurang sama kot. Maklumlah kedua-dua kedai pun merupakan kedai roti yang ditambah nilai menjadi kafe.

20120203-112803.jpg

Kuey Teow Goreng Penang

Klien saya telah mengorder Broccoli Salad di bawah. Pada asalnya saya tak berminat sangat nak makan, tapi bila dah rasa, memang sedap. Mungkin sebab adanya gajus yang garing dan kismis. Apapun, memang sangat sedap dan saya memang nak makan lagi. 🙂

20120203-112912.jpg

Brocolli Salad

Dan seperti biasa saya order Ice Blended Mocha. Saya ni memang setia sangat dengan Mocha. Pergi mana pun mesti order Mocha. Tukar nama jadi Fadzilah Mocha boleh tak? Haha..

20120203-112921.jpg

Mocha Ice Blended

Overall saya rasa tempat ni sangat selesa untuk tujuan bisnes mahupun santai. Makanan pun sedap. Jadi, memang boleh pergi lagi dan lagi.

Kepada rakan-rakan yang sedang kesunyian, boleh jemput saya teman anda ke sini ya! 🙂

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

One thought on “Lunch Bersama Klien Di Kafe Lavender, Jusco Bukit Indah

  1. Pingback: Cek Dari Prospek Besar | | SMART Consultant TeamSMART Consultant Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *