Keropok Lekor Sedap Di Batu 10, Skudai
Salah satu tempat keropok lekor yang best di Skudai adalah di sebuah warung di sebelah kiri Balai Polis Skudai.
Kedai ni lokasinya bertentangan dengan Skudai Parade, tetapi untuk ke sana perlu masuk ke jalan untuk ke balai polis dan lepas tu belok kiri.
Haha.. gigih tak bagi direction? 🙂
Tempat ni istimewa sikit sebab kalau nak beli boleh order melalui telefon. Ini kerana dia tak goreng siap-siap. Mungkin sebab belum ramai yang tahu. Kalau nak no telefon, boleh minta dengan saya ya. Takut pulak nak publish kat sini.
Suami saya suka sangat keropok kat sini sebab rasanya setanding dengan keropok lekor di Terengganu.
Mmm.. sedap!
Gambar hadapan warung ni
Nampak tak Skudai Parade sipi-sipi tu?
Selamat makan keropok!
Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com
update : Atas permintaan, berikut adalah lokasi kedai,
Kedai yang dibulatkan dengan warna merah. Bertentangan dengan Skudai Parade.
- Tempat Makan Best Di Johor Bahru – Pisang Goreng Mawar
- Jadual Hari Kelepasan Am @ Cuti Umum Malaysia Tahun 2012
kalau ada google map memang terbaik…serius nak try kepok lekor nie..hehe
Ok saya dah updatekan gambar lokasi kedai. Semoga dapat membantu.
yess…sy mmg biasa order by phone dgn kak wati tuh…tapi selalu kecewa kalau dtg secara mengejut mesti xde stok
Oo ye ke.. Bestnya ada geng peminat keropok lekor! 🙂
Jemput singgah blog ni selalu ya.
Oh..mmg giler dgn kopok nih.akak sy yg gtau kedai ni.dia pon unit trust consultant wannabe yg gile kopok leko gak..tp betul ke stokis kopok lekor kiter ni org yg sama?nih kedai yg ada jual pulut panggang ikan skali tu kan?
Eh, macam kedai lain je. Yang ada pulut panggang tu lain. Yang tu kat Sri Skudai kan.
Yang ni pulak betul-betul sebelah Balai Polis Skudai.
bestnyer..ur blogs masuk dlm bookmark i dah kak
Tq. Awak pun tinggal area Skudai ea? Kat mana tu?
sy duk larkin..sbb kedai kopok tu asyik xde stok je..sy dah lama x pegi and dah lupa dah mcm mane kedainye….yes.kdai kiter lain.kedai akakk ni diantara masjid n balaipolis tuh kan?sy xpernah singgah~
nanti nak cuba