Jom Makan Mee Racun Di Taman Universiti Skudai!
Petang ni saya sekeluarga mencuba Mee Racun di sebuah warung yang terletak di hadapan Balai Polis Taman Universiti, Skudai.
Warung ni dibuka setiap hari dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.
Tarikan utama adalah Mee Racun dan Mee Racun Istimewa.
Jom layan gambar..
Gambar warung dari jalan besar
Gambar kereta pengunjung yang agak banyak
Suasana yang agak meriah
Mee Racun
Mee Racun Istimewa (dengan Gearbox Kambing)
Abang Iqbal menikmati Mee Racun
Abang Adi makan dengan sesungguh hati
Kalau tak silap saya warung ni baru lagi. Tapi nampaknya macam dah ada pelanggan setia kot sebab agak ramai yang datang.
Personally, rasa Mee Racun ni tak terlalu kena dengan selera saya. Mungkin sebab baru pertama kali cuba. Tapi Abang Iqbal dan Abang Adi suka sangat.
Kepada peminat Mee Racun dan juga mereka yang berminat untuk mencuba, jemput datang ke sini ya.
Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.
- Jangan Letak Gambar Saya Kat Blog Awak Tau!
- Maksud Nama Anak-Anak
boleh bgtwu detail x alamatnya di mana?point die ke??mcm best je…boleh try ni…
Warung ni terletak betul-betul depan Balai Polis Taman Universiti.
sekarang dah berpindah di jln pendidikan 3 taman malawis berhadapan jom datang lagi…datang lah ramai2…
Wah.. owner Mee Racun baca artikel ni. *maluuuu*