Beef Kuih Teow Dan Cheese Baked Rice Di Sedap Corner

Malam-malam ni jom kita menjamu mata tengok hidangan yang saya makan di Sedap Corner tengahari tadi.

Biasanya saya order Radna Kuih Teow tapi hari ni rasa nak cuba Beef Kuih Teow.

20120416-233958.jpg

Beef Kuih Teow

Rasanya lebih kurang sama tapi yang ni siap ada hirisan halia. Saya tak minat sangat halia tapi pada saya rasa Beef Kuih Teow ni agak okay.

Baby Ali suka sangat sampai dan kami berjaya melicinkan pinggan ni. Hebat tak? 🙂

Kat bawah ni pulak makanan yang dipesan oleh suami. Sebenarnya saya tak ingat nama dia. Siap pergi ke website Sedap Corner untuk cari balik nama hidangan ni. Gigih sungguh diri ini.. 🙂

 

20120416-234012.jpgCheese Baked Rice with Chicken Chop

Ada 3 pilihan samada nak dimakan dengan Rendang Daging, Fish fillet atau Chicken Chop.

Ingatkan dapat sepinggan chicken chop. Rupa-rupanya ada ketulan daging ayam yang dimasak bersama.

Tak ‘kow’ sangat sebab ayam tu tak berapa ‘rasa’. Lain kali mungkin akan pilih Rendang Daging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *