Adakah Saya Penyebabnya?

Malam tadi kami sekeluarga menjamu steamboat di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seperti biasa, gerai pilihan kami adalah gerai No 8.

Malam ni saya perasan gerai ni tersangat sibuk berbanding gerai lain.

20120429-021127.jpg

Gerai yang paling meriah

 

Jadi dengan penuh confidentnya saya cakap dengan suami,

Saya : Saya rasa gerai ni ramai orang sebab saya promote kat blog saya la.

Suami : Ye la tu. Macamlah ramai sangat yang baca.

Saya : Manalah tahu.. ­čÖé

 

Hahaha.. maafkan kepoyoan diri ini. Saja nak buat lawak tengah malam. Saya sedar siapa saya. Ranking Alexa pun baru dalam 300k je. Kalau dah bawah 100k logik la kan.

Tapi serius gerai No 8 paling meriah malam ni.

Kat bawah ni pulak sekeping lagi gambar para pengunjung dataran bandaraya Johor Bahru pada malam ni.

20120429-021133.jpg

 

Kalau nak makan Nasi Lemas Kukus yang sedap, boleh beli di gerai No 2 (lokasinya bersebelahan gerai No 8).

Sebelum ni dah pernah makan dan malam ni order sepinggan Nasi Lemak Kukus + Telur Mata kononnya sementara menunggu steamboat.

Alih-alih Abang Iqbal dan Abang Adi suka sangat. Pastu order sepinggan lagi. Makan punya makan, tak cukup. Tambah lagi. Semuanya tiga pinggan Nasi Lemak Kukus yang awesome.

Tak percaya boleh tengok video Abang Iqbal makan dengan penuh berselera kat bawah ni..

 

Dan kat bawah ni pulak video Abang Adi kononnya posing ingatkan umi nak tangkap gambar dia..

p/s : Tak tahu kenapa Ali suka sangat video Abang Adi ni. Dia tengok berulang-ulang kali sambil gelak sesungguh hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *