Sakit Tapi Saya Akan Terus Buat..

Masa bangun tidur pagi tadi rasa badan sakit-sakit disebabkan exercise pagi semalam.

Kalau ikutkan memang rasa tak sanggup nak teruskan untuk hari kedua.

Bila mengadu pada suami, dia cakap,

Buat apapun peringkat awal memang susah dan sakit. Macam masa awak mula-mula buat unit trust dulu, susah jugak kan? Tapi sekarang dah senang kan?

 

Jadi saya pun teruskan jugak. Sebab kalau terus buat, nanti sakit akan hilang. Tapi kalau saya berhenti, akan datang kalau saya mula bersenam lagi, pasti akan rasa sakit lagi.

Bila fikir macam ni, saya mula fikir patutlah ramai orang yang mudah berputus asa bila buat sesuatu bisnes. Sebab mereka tak sanggup nak menahan rasa sakit di peringkat awal.

Saya pun rasa bersyukur sangat sebab saya terus buat unit trust walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. 🙂

InsyaAllah kali ni nak istiqamah dalam bersenam. Menjaga kesihatan untuk diri dan keluarga tersayang.

Jom sama-sama exercise!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *