Review Karnival Karangkaf 2012

Pada pendapat saya Karnival Karangkraf tak ada terlalu banyak buku. Majalah lama-lama pun tak terlalu banyak.

Tapi kalau anda peminat novel, mungkin sesuai sebab ada banyak novel yang dijual dengan diskaun sehingga 80-90%. Ada yang berharga RM3, RM5 dan novel terkini juga dijual dengan potongan sehingga 25%.

20120129-092339.jpg

Tempat penjualan buku-buku pada harga diskaun

Kalau anda suka dengan artis pun sesuai untuk datang sebab ada banyak artis jemputan. Macam semalam kebetulan ada Konsert Media Hiburan jadi memang ramai artis yang datang.

Ada juga booth yang menjual pakaian, tudung, kereta, bank dan sebagainya.

Apa yang saya beli?

Jeng jeng jeng..

20120129-092618.jpg

Majalah Rasa bagi mempelbagaikan menu masakan untuk anak

Ini pun beli sejurus sebelum balik. Yang bestnya, beli majalah RM13 tapi dapat hadiah berharga lebih daripada tu. Dapat sos tiram, maggi dan baucer One Station Cafe bernilai RM10. Okay sangat la kan?

Jadi, jika anda peminat majalah Karangkraf, jangan lepaskan peluang terakhir pada hari ini untuk beli majalah dengan harga istimewa.

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *