Berhujung Minggu di Jom Gegar Petrosains Playsmart Johor Bahru

Pagi tadi kami sekeluarga telah pergi ke Perpustakaan Awam Johor Bahru di Jalan Yahya Awal untuk program Jom Gegar Petrosains Playsmart.

Program ni dah berlangsung dari 13hb April dan hari ini merupakan hari yang terakhir.

20120415-163102.jpg

Sampai je kat sana, En Wan naik benda kat bawah ni. Nampak macam best tapi habis merah muka En Wan bila benda tu berpusing-pusing.

Kalau baru lepas makan, tak disyorkan untuk naik sebab boleh muntah.

20120415-163110.jpg

 

Kat bawah ni pulak gambar Abang Iqbal sedang mencuba salah satu permainan yang ada.

20120415-163116.jpg

 

Abang Adi pulak memang suka sangat main permainan yang bawah ni. Tekun sangat main sehinggalah tetiba ada beberapa rombongan tadika datang dan semua pakat dok mengerumuni tempat ni.

20120415-163123.jpg

 

Dan kat bawah ni gambar Baby Ali terlebih excited main permainan yang memang bukan tahap dia.

Tapi dia suka sebab benda tu bergegar-gegar dan ada magnet.

20120415-163130.jpg

 

Ni pulak puzzle yang saya tak berjaya buat selepas berpuluh-puluh percubaan. Rasa nak nangis je. Pastu minta suami tolong buat. Bila dia dah siapkan, excited sangat. Terus ambik gambar kenangan.

20120415-163136.jpg

 

Anak-anak happy dan saya pun happy. Siap cakap dengan suami,

Lain kali kita datang dua orang je.

Sebab bila datang dengan anak-anak, memang tak boleh nak buat semua puzzle. Hahahaha..

Kalau ikutkan anak-anak tak puas main tapi sebab banyak rombongan pelajar dan keadaan makin sesak, jadi kami ambil keputusan untuk balik.

Akhir bulan ni, 27-29 April ada Karnival Matematik kat sini. InsyaAllah nak pergi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *