NetKL.com – Syarikat Webhosting Terbaik Pilihan Saya!

Ramai yang telah bertanya kepada saya apakah syarikat webhosting yang paling baik. Sebenarnya persoalan ini juga merupakan satu persoalan yang bermain di fikiran saya semasa saya mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan Internet.

Atas nasihat seorang rakan yang sangat aktif di dalam bidang ini, saya telah mula menggunakan perkhidmatan NetKL.com bermula Mac 2007. Kini saya telah memiliki 6 domain name dan kesemuanya menggunakan khidmat syarikat ini.

Apa yang menyebabkan saya menjadi pelanggan tetap NetKL.com adalah kerana ia menawarkan pakej hosting pada harga yang sangat memuaskan (bermula dari RM60) dan setiap pakej akan mendapat domain secara percuma.

Selain itu, NetKL.com juga memberikan support yang sangat baik. Apabila saya mengalami sebarang masalah dan menghantar email kepada mereka, mereka akan membalas email saya di dalam masa yang singkat. Walaupun kadangkala soalan saya tidak terlalu berkaitan dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan, namun mereka tidak pernah gagal membantu saya.

Jika rakan-rakan ingin melihat pakej yang disediakan oleh NetKL, sila klik di sini : www.NetKL.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *