You Are Fired!

Pagi tadi keluar rumah agak lambat. Dalam pukul 11 lebih. Keluar dengan suami dan Ali.

Mula-mula ambil budak praktikal dan hantar ke Jusco Taman U. Pastu saya dan suami pergi ke Jusco Bukit Indah.

Kat sini ada urusan serius. Pergi jumpa seorang staf yang saya baru je pecat sebab kurang ajar. Jumpa untuk bayar gaji dia.

 

Makin lama berbisnes, macam-macam karenah pekerja yang saya jumpa. Dan makin lama saya pun jadi makin garang.

Dulu kalau pekerja tak okay memang saya pendam je. Taknak panjangkan. Taknak ada masalah dengan sesiapa.

Tapi sekarang ni saya lebih tegas. Kalau pekerja pemalas, memang saya tegur je. Kalau pekerja tak cekap, memang saya komplen terus. Kalau pekerja kurang ajar, memang saya pecat!

Dengan cara ni, saya rasa lebih gembira sebab tak perlu makan hati dengan sikap dan kata-kata pekerja yang tak okay. Lagipun ramai sangat orang yang baik hati, cekap dan boleh diharapkan dalam dunia ni. Tak perlu sayang sangat pada pekerja yang bermasalah.

Lepas ni pun nak lebih serius dalam merekrut pekerja baru. Nak buat sesi orientasi ringkas dan juga terangkan kontrak yang mereka sign sebelum bekerja.

 

 

2 thoughts on “You Are Fired!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *