Yiwu

Yiwu ni tempat memborong di China. Kat sini ada satu kompleks borong yang sangat sangat sangat besar.

Saya pernah pergi ke Yiwu bersama-sama rombongan Public Mutual pada tahun 2009. Tempat tu besar sangat. Bila sampai, tour guide bagi masa dalam 2-3 jam untuk shopping.

Dalam tempoh ni, saya cuma sempat berjalan di bahagian aksesori. Ada kawan yang cuma sempat jalan di bahagian beg. Ada yang cuma sempat jalan di bahagian barang rumah.

Memang bila kami kembali semula ke bas, semua tak puas hati sebab tak sempat nak pergi ke bahagian-bahagian lain.

 

Yang menarik kat sini, semua barang ada kat sini bukannya macam di Guangzhou di mana  lokasi plaza borong berbeza mengikut jenis produk.

Tapi kat sini pun tak sesuai sangat untuk orang yang baru bermula sebab kalau nak dapat harga yang betul-betul murah kena beli dalam kuantiti yang banyak.

 

Sekarang rasa sangat teringin nak pergi ke Yiwu untuk beli beberapa barangan yang nak dijual di butik Benang Hijau di airport Senai dan juga untuk survey barangan-barangan lain yang boleh dikomersialkan.

 

Beberapa hari ni dok survey pasal Yiwu je. Sebab saya belum pandai pergi sendiri. Samada kena cari tour guide atau dapatkan guide dari kenalan yang pernah pergi.

 

Okay bye!

One thought on “Yiwu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *