Yeayyyyy Barang Dah Sampai!!

Alhamdulillah..

Akhirnya barang yang ditunggu dah sampai Malaysia.

Barang yang diborong di Guangzhou dan juga barang yang diborong di Vietnam.

Hari ni dua shipment sampai di Bangi. Esok ada satu lagi shipment.

Serius happy sangat.

Sekarang otak dah pening memikirkan arrangement barang-barang ni. Rasa tak sabar sangat nak agihkan barang-barang ke semua outlet.

Kalau ikutkan hati, malam ni jugak nak pergi Bangi. 🙂

InsyaAllah tengahari esok akan gerak ke KL.

 

Siang tadi saya bertugas di Jusco Bukit Indah. Seronok sangat jumpa para pelanggan. Ada yang dah beli 10 helai Shawl Nadeera. Ada yang dah beli 4 helai dan hari ni datang beli 4 helai lagi. Dan ada seorang makcik dari Singapore yang beli 5 pasang kain cotton. Memang happy sangat!

Tapi penat pun tak terkata.

Dalam pukul 3 lebih ada seorang kenalan bernama Kak Sya singgah kiosk. Kak Sya nak belajar selok belok bisnes baju.

Dah lama dia nak jumpa tapi saya tak sempat luangkan masa. Terlanjur jaga kiosk, saya minta dia datang ke kiosk.

Kak Sya buat bisnes signboard. Tujuan dia datang sebab nak belajar dengan saya. Alih-alih saya pulak yang nak tempah signboard dengan dia untuk outlet di Tesco Bukit Indah dan Senai Airport.

Kak Sya pun beli 4 Shawl Nadeera.

Serious rasa happy sangat bila Shawl Nadeera mendapat sambutan hangat. Lepas ni mungkin kena beli satu kayu untuk setiap design. Pastu shoot dengan model cun. Pastu agih kat semua outlet. Pastu upload kat Facebook. Fuh.. seronoknya berangan! 🙂

2 thoughts on “Yeayyyyy Barang Dah Sampai!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *