Yeayyy Dah Sampai Rumah!

Alhamdulillah dah selamat sampai di rumah. 🙂

Rasa macam dah lama je tak travel. Bila cek balik, last time pergi Vietnam pada 30 Julai. Dah sebulan kan. Patutlah rasa cam lama je. 🙂

Masa bulan puasa hari tu saya banyak masa dengan anak-anak. Cuti raya pun sama. Lepas raya pun sama.

So bila travel kali ni rasa rindu pada anak lain macam sikit.

Kat bapaknya, memanglah tak rindu. Sebab dia pun ikut sama. Hekhek..

 

Selain beli kain dan baju, kali ni saya pun banyak beli beg untuk butik Benang Hijau di Airport Senai.

Kalau ada rezeki, nak start jual beg-beg tu di tempat baru. Tapi taknak citer dulu. Dah confirm nanti saya inform ya.

Alhamdulillah semakin hari sales kat sana makin okay. Pekerja yang tak okay pun dah tak ada.

 

Okay bye. Nak rehat dulu. Penat sangat… 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *