Yeay, Dapat Baucer Jusco!

Malam ni singgah ke Jusco untuk jumpa klien yang nak tambah pelaburan. Alhamdulillah, bertambah lagi gaji bulan ni sebanyak seratus lebih. 🙂

Klien tu pun siap minta beberapa brochure untuk diberikan pada rakan-rakan sekerja dia. Alhamdulillah..

Sebelum balik, ajak suami jalan-jalan kat tingkat atas. Sampai kat atas tetiba teringat sms dari Jusco tentang Gift Voucher. Dan tanpa disangka-sangka kami dapat baucer bernilai RM80.00. Wohooooo!

Siapalah tak suka bila dapat shopping dengan percuma kan. Teruslah saya dan suami shopping stok makanan. 🙂

Pandai Jusco jaga hati pelanggan kan. Lepas ni lebih bersemangat nak shopping kat Jusco. 🙂

20120315-232510.jpg

Rezeki yang sungguh unsangkarable

Kepada rakan-rakan yang ada J Card dan selalu shopping kat Jusco, baik korang check. Entah-entah korang pun dapat baucer. Hehehe..

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *