Yaya Meragam

Semalam Baby Yaya meragam sebab hidung dia tersumbat.

Saya memang tak boleh tidur. Dalam pukul 6 pagi barulah dapat lelap sekejap. Tu pun pukul 7 lebih dah bangun semula.

Memang pening kepala sangat.

Ada seorang pelanggan hantar Whatsapp pagi tadi. Bila saya tak reply dia cakap ni mesti belum bangun tidur.

Sabar je la kan. Cubalah bersangka baik dengan orang lain. Saya pun tak komen apa-apa.

 

Tapi dalam pening sempat pergi usha sebuah rumah untuk dijual.

Berkenan sangat rumah tu tapi harga pun boleh tahan. Kalau nak beli pun, kena tunggu lepas raya la kot. Sekarang ni nak tambah-tambah stok untuk raya dulu.

Harap-harap rumah tu masih available lepas raya. 🙂

Tapi dah berangan siap-siap dah. Rumah tu betul-betul sebelah sekolah. Siap dah bincang dengan suami samada patut tukarkan anak ke sekolah ni dan macam-macam lagi.

Siap boleh gaduh gaduh manja sebab saya nak teruskan operasi di rumah sekarang tapi suami nak pindahkan operasi ke rumah baru.

Poyo sangat kan. Padahal belum jumpa owner rumah tu lagi. Baru tengok dari jauh je pun. Hahaha..

 

Malam ni restock Bawal Maira ke Bangi lagi. Dah 3 malam berturut-turut hantar barang ke Bangi. Gigih sungguh rasanya. Hahaha..

 

Okay bye. Dah lalok dah ni.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *