Ya Allah, Takut!

Malam ni google nama brand sendiri.

Takpelah kan. Daripada menyibuk pasal brand orang lain, baiklah menyibuk pasal brand sendiri.

Nak tahu juga apa pendapat orang tentang brand kita.

Apa yang bagus. Apa yang tak bagus. Apa yang boleh improve.

 

Tengah tengah cek carian di Google tu kan, tetiba nampak link ke blog ni dengan tajuk impian.

Impian diri sendiri kurang dua tahun lepas.

 

IMPIAN

1. Buka butik di JPO.

2. Buka butik di KLIA.

3. Buka butik di Jalan Plumbum, Shah Alam.

4. Buka butik di Kuala Terengganu.

5. Buka butik di rumah kedai yang dibeli di hadapan jalan utama di sekitar bandar Johor Bahru.

6. Buka butik di Kelantan.

 

Ya Allah, takut!

Takut sebab sebenarnya kita boleh achieve apa je yang kita nak.

So far saya dah achieve no 4, no 5 pun kira okaylah walaupun bukan main road tapi sebab still boleh nampak dari main road dan no 6 pun dah complete.

Sekarang tinggal no 1, 2 & 3. Dahlah no 3 tu pun sebenarnya dah bukak jugak butik di Shah Alam cuma bukan di Jalan Plumbum je.

Pastu bila godek-godek lagi entri lama. Terbaca entri ni http://fadzilahmamat.com/coretan-fm/impian-2/ dengan ayat di bawah..

 

Impian saya sekarang untuk memiliki kedai 3 tingkat di tepi jalan besar. Tingkat bawah butik. Tingkat atas production.

Pastu ada signboard besar.

 

Ya Allah, lagi takut!

 

Takut sebab rupanya dah capai impian bulan Julai tahun 2014.

 

Tetiba rasa macam saya kena lebih banyak berimpian. Dan kena start fikir camne nak bukak butik di KLIA dan JPO. Hihihi.. 🙂

2 thoughts on “Ya Allah, Takut!

  1. hayrin

    lama btul tak tengok blog cik pengurus ni: tetiba je ari ni terniat nak baca.. dpt sesuatu yg baru hari ni, trus rasa nak crik pen dan ketas, nak tulis impian 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.