What Do You Really Want?

Dulu saya pernah rasa lost sebab tak tahu kerjaya apa yang saya minat. Sebab saya tak suka rutin harian yang sama.

Semasa saya bekerja sebagai jurutera, saya pernah menghadiri beberapa kursus peningkatan diri yang menjemput speaker dari luar. Masa tu saya rasa jeles sangat dengan orang yang memberi taklimat. Sebab saya nak kerja macam tu.

Saya taknak stuck in one place doing the same thing everyday. Saya nak pergi ke pejabat orang dan berjumpa dengan ramai orang. Dan saya nak buat duit dengan bercakap tentang apa yang saya suka.

Tapi selain tu saya pun nak ada kehidupan yang seimbang. Taknak sibuk sangat sampai tak ada masa bersama keluarga. Nak jadi seorang ibu yang tak sibuk tapi banyak duit dan bekerja secara fleksibel.

Alhamdulillah, sekarang saya menjalani kehidupan yang saya nak.

Kepada yang rasa tak happy dengan kehidupan sekarang, cuba selami dalam diri apa sebenarnya impian anda.

Bila kita dah tahu apakah impian kita, barulah kita boleh berusaha untuk mencapainya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *