Video Pekerja KFC i-City Shah Alam Belasah Pelanggan
Sejak beberapa hari ni hangat diperkatakan tentang isu pekerja KFC yang memukul pelanggan di KFC i-City Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5 Februari 2012 yang lepas.
Jom tengok video di tempat kejadian..
http://www.youtube.com/watch?v=LXu0Prlo_7M
Pada pendapat saya, jangan mudah menuduh siapa betul siapa salah sebab kita tak berada di tempat kejadian.
Yang pastinya semua pihak boleh ambil iktibar.
Pihak KFC boleh jadikan ni sebagai pengajaran dan didik pekerja supaya bersabar dengan karenah pelanggan dan bagi makluman lebih awal sekiranya mereka kehabisan ayam dan sebagainya.
Pelanggan pula kenalah bersopan. Jangan disebabkan kita pelanggan, kita rasa kita je yang betul. Hargailah usaha para pekerja untuk menyiapkan makanan buat kita.
Kalau kita cakap dengan cara baik, insyaAllah kita akan dilayan dengan baik.
Pada saya ini bukanlah masalah antara kaum, tapi masalah komunikasi antara dua pihak.
Semoga isu ini tidak terus dipanjangkan dan semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.
- Boleh Bagi No Telefon?
- Tempat Makan Sedap Di Taman Universiti, Skudai – Nasi Ayam Penyet di Restoran Agus
kfc laen kali jaga sikit kebajikan perkerja k,jgn nk pikir untung saje..
Maaf, no komen.. (ala-ala Fasha Sandha). 🙂
Saya setuju…..
Thank you Fizah. Lama tak dengar feedback dari Fizah.
Jemput singgah dan komen selalu ya. 🙂