Usahawan Yang Susah Untuk Dihubungi

Pernah tak jumpa usahawan yang susah untuk dihubungi.

 

Saya ada kenal seorang usahawan baju kat Vietnam. Baju dia cantik. Harga pun okay walaupun tak terlalu murah. Dia pun baik orangnya.

Tapi yang buat saya sentap adalah susah sangat nak berhubung dengan dia.

 

Kalau saya hantar WhatsApp, susah sangat nak reply.

Kalau saya hantar msg kat FB, susah sangat nak reply.

Kalau call, susah sangat nak angkat.

 

Sebenarnya saya suka dia. Saya pernah order dengan dia lebih 600 pasang baju walaupun perbezaan harga antara dia dan supplier lain adalah lebih RM5 sepasang. Dan saya pun tak kisah nak order lagi dengan dia. Sebab saya suka konsep win-win. Dan saya pun suka ada hubungan baik yang berpanjangan dengan supplier.

Tapi bila dia dah sibuk sangat. Takpelah. Saya berurusan dengan orang yang senang dihubungi jelah. 🙂

 

Kesimpulannya, kalau betul-betul nak berjaya, jadilah seorang usahawan yang mudah dihubungi.

Kalau orang msg, reply.

Kalau orang call, angkat.

Kalau tak sempat angkat, call balik.

 

Kadang-kadang orang call sebab nak tawarkan sesuatu yang boleh menguntungkan kita. Janganlah poyo sangat.

Kalau kena sekali, mungkin orang boleh terima. Tapi kalau dah berkali-kali call tak jawab, suka hati kaulah labu. Bukan kau sorang je yang best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *