Usahawan Sombong

Siang tadi saya ada meeting dengan seorang pegawai sebuah organisasi yang banyak membantu usahawan.

Banyak benda saya belajar dan banyak info yang dia kongsikan.

Dia meluahkan rasa kecewa dengan usahawan usahawan yang sombong.

 

Sebelum dapat pembiayaan punyalah baik dan merendah diri.

Bila dah dapat pembiayaan, bisnes dah stabil, mulalah rasa besar kepala dan sombong.

 

Subjektif sebenarnya perkataan sombong ni.

 

Jarang orang nak mengaku dia sombong.

 

Tapi bila fikir fikir balik saya rasa saya pernah ada perasaan sombong ni.

 

Walaupun tak dizahirkan dalam bentuk perkataan (sebab selalunya saya memang akan fikir panjang panjang dan dalam dalam sebelum berkata kata), tapi dari segi perbuatan.

 

Sebagai contoh, ada yang bagi nasihat supaya jangan buat sesuatu. Tapi saya buat jugak sebab saya sombong.

Saya rasa saya lagi bijak dan lagi tahu.

 

Kalaulah boleh turn back time kan, rasa nak ketuk ketuk dan cubit cubit je diri sendiri yang sombong sangat tu.

 

Dan sekarang bila saya jumpa, tengok dan dengar kisah kisah usahawan yang sombong, saya faham dia sedang melalui fasa yang pernah saya lalui dan insyaAllah dia pun akan belajar dan perbaiki nanti.

 

🙂

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge