Update Raya Keempat

Hmm.. Dah 4 hari raya. Hihihi..

Hari ni butik di Kota Bharu belum bukak tapi tengahari tadi saya singgah sekejap untuk ambil tudung yang nak diagihkan ke outlet di KB Mall dan Mydin.

Tanpa disangka-sangka ramai sangat yang nak shopping tudung raya sampaikan tak putus-putus pelanggan masuk.

Saya dan anak-anak semuanya dah berbaju raya kononnya nak beraya rumah BFF. Sudahnya tiga jam lebih kami sibuk melayan pelanggan sampai anak-anak semua dah tak sabar nak balik.

 

Terharu bila ada sorang pelanggan yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Penang. Katanya dah singgah di butik KT tapi tutup. So dia pun cari alamat butik KB dan cuba tengok samada buka atau tak.

Ada juga yang dah beli 2 helai jubah sebelum raya dan hari ni singgah untuk beli 4 helai lagi.

Alhamdulillah bersyukur sangat atas sambutan hangat dari para pelanggan. Seronok juga sesekali dapat melayan pelanggan walaupun sebenarnya huru hara sangat tadi.

 

Dalam pukul empat, kami tutup butik dan kembali ke pangkal jalan. Hihihi…

 

Kesimpulannya berniaga itu adalah kita membantu orang lain. Dan seronok sebenarnya menjadi seorang peniaga. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *