Update Dua Minggu

Dekat dua minggu tak update blog.

Sebelum ni sibuk sangat. Tapi Alhamdulillah banyak benda dah settle.

Anak-anak dah selamat belajar di Wadi Sofia. Setiap hari balik rumah dalam keadaan gembira.

Katanya makanan sedap. Kawan-kawan best. Cikgu best. Seronok belajar. Okaylah tu.

 

Minggu lepas saya dah join kelas belajar menjahit. Kelas ada 8 sesi. Saya dah join 2 sesi. Dah selamat memotong dan jahit tepi. Sesi seterusnya nak cantumkan baju yang dah dijahit.

Hari tu plan nak belajar setiap hari sampai habis. Tapi terganggu dengan pembelian mesin jahit tepi untuk shawl.

 

Bila dah beli mesin, sibuk jahit shawl. Pastu sibuk interview pekerja baru untuk production shawl. Alhamdulillah sekarang dah ada dua pekerja bahagian production. Job scope diorang adalah memotong dan menjahit tepi dan jugak untuk buat QC pada setiap shawl sebelum diagihkan ke butik dan outlet.

Mula-mula beli satu mesin. Pastu bila rasa progress slow, tambah satu lagi mesin.

 

Mula-mula slow jugak proses jahit tepi. Tapi dah beberapa hari, staf makin cekap dan sekarang production sangat laju sampai saya pulak stress sebab kain dah habis dan production kena stop kejap sementara menunggu kain baru. Hihihi..

 

Mula-mula dapat mesin, saya dan suami excited dok mengerjakan mesin. Anak-anak terabai sekejap sebab mak bapak sibuk nak menjahit je. Rasa cam full time tailor gitu. Hahaha..

Tapi sekarang dah kurang excited. So kembali bagi kasih sayang secukupnya pada anak-anak. Hahaha.. yelah sangat.

 

Pastu hari Khamis lepas saya dan suami pergi JB untuk hantar shawl baru dan audit kedai. Naik bas SP Bumi. Dah lama tak naik bas. Bila dah naik bas, seronok jugak. Jauh lebih selesa dari naik kereta sendiri. Lagipun boleh tidur je sepanjang malam. So taklah letih sangat.

Kat JB kami sewa kereta Proton Savvy dengan harga RM120 sehari. Yang tak bestnya, ada caj penghantaran RM50 sebab owner dia berpusat di Pasir Gudang. Masa kita call tak cakap pasal caj penghantaran. Alih-alih bila time kena bayar, mintak tambahan RM50. Rasa hanginnnn je.

Pergi JB sehari je. Pagi sampai. Malam tu jugak balik. Alhamdulillah sempat singgah semua outlet. Sempat audit 2 outlet dan jugak sempat jumpa BFF tersayang.

Esoknya sampai di KB pukul 7.30 pagi. Serius tak penat langsung. Sampai rumah boleh siap-siap keluar breakfast. Pastu boleh bawak anak-anak keluar jalan. Macam takde ke mana-mana pun hari sebelumnya.

 

Shawl untuk Bangi hantar melalui bas. Alhamdulillah selamat sampai dan shawl pun dah selamat shooting kat studio. Esok akan upload gambar rasmi.

 

Sekian dulu update untuk kali ini. Stay tune… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *