Update Butik Baru di Shah Alam

Hello & Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas jumpa pemilik butik yang saya nak sambung sewa. Okay sangat orangnya. Kecik, comel, bersopan santun dan sangat peramah.

Mula-mula rasa taknak rushing untuk buat Grand Opening. Tapi bila tengok jadual, memang kena rushing sebab weekend depan saya outstation dan weekend seterusnya ada karnival di Kota Bharu.

Jadi memang kena buat opening ASAP.

Fikir punya fikir, saya decide untuk buat opening pada hari Ahad, 21 September depan.

Kerja yang agak gila jugak la sebenarnya sebab nak kena setup butik dalam masa kurang seminggu.

 

Semalam (Isnin) tempah bunting, banner, backdrop dan signage untuk butik. Pastu pergi ke GM Klang untuk beli railing, hanger dan sebagainya.

Hari ni pulak jumpa owner rumah kedai tu dan interview dua orang pekerja baru. Alhamdulillah dua dua nampak okay dan saya terus hire.

Pastu singgah ke beberapa butik di sekitar Shah Alam. Singgah untuk cari inspirasi camne nak display barangan di butik baru.

Tapi taklah singgah kosong je. Kalau ada barang yang berkenan, saya beli jugak. Tadi ada jugak terbeli 2 tudung + 1 baby turban untuk Yaya di samping pelbagai kuih muih dan dessert dari butik konsep vendor.

Pastu singgah ke kedai perabot untuk cari perabot yang sesuai dengan konsep butik. Dah ada yang berkenan, tapi taknak rushing tadi. So esok insyaAllah nak survey perabot di kawasan Nilai 3 pulak.

Alamak ngantuk sangat ni. Sampai jumpa lagi! 🙂

 

2 thoughts on “Update Butik Baru di Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *