Update 15 Dec

Setuju tak kalau setiap hari buat update ringkas perjalanan harian samada positif/negatif. Kalau setuju, angkat tangan! 🙂

 

InsyaAllah saya cuba ya.

 

So kita start dengan hari ni.

 

Pagi tadi keluar breakfast dengan suami dan ayah. Bawa ayah breakfast di Kopitiam Kita yang agak popular di kalangan warga Kota Bharu.

Menu paling popular kat sini adalah Roti Titab.

 

Lepas tu singgah jumpa tuan rumah baru. Unfortunately saya kena pindah sekali lagi sebab tuan rumah sekarang dah jual rumahnya. InsyaAllah ni kali terakhir berpindah sebelum kami masuk ke rumah sendiri di Kelantan.

Yang bestnya kali ni saya akan berjiran dengan kawan baik semasa di sekolah menengah dulu.

Lokasi rumah tu pun tak jauh dari kampung suami dan juga dari kilang dan juga butik baru yang akan dibuka tak lama lagi.

So overall rasa happy sangat dan tak sabar nak pindah. 🙂

 

Bercakap pasal rumah ni kan, ramai sangat orang yang busy body dan kurang cerdik bila bercakap.

Asal jumpa orang je, sibuk tanya, duduk rumah sendiri @ sewa?

 

Pastu bila kita cakap rumah sewa kan, pandangannya tu kan.. macam kita ni loser sangat. Padahal ada banyak sebab kot kenapa orang masih menyewa. Saya kenal ramai je usahawan yang dah ada rumah sendiri tapi menyewa.

Sebagai contoh, rumah sendiri jauh dari tempat kerja. Jadi, sewakan rumah sendiri dan menyewa dengan orang lain.

 

Tapi bila orang tanya duduk rumah sendiri @ rumah sewa, takkanlah kita nak explain panjang lebar kan. Jawab jelah duduk rumah sewa. Dan hadap jelah dengan pandangan menghina dia.

 

Maklumlah dia duduk rumah sendiri kan. Padahal macamlah rumah dia hebat sangat pon!

 

Hahaha.. maafkan diri ini yang emo ya.

 

Lepas jumpa tuan rumah baru, saya pun singgah ke kilang untuk interview pekerja baru.

Tadi interview 3 calon. Sorang bahagian lipat kain. Sorang sales assistant butik dan sorang lagi KIV dulu.

 

Kalau dulu mudah sangat kesian. Kalau 10 datang interview, semua amik. Tapi sekarang tak lagi.

Kalau rasa tak sedap hati, memang tak amik. Sebab percayalah kita sebenarnya boleh baca sikap dan perangai manusia dalam masa beberapa saat pertama pertemuan kita. Kalau dari awal dah rasa macam tak ngam, baik takyah teruskan. Hubungan bos-pekerja ni hubungan serius. Tak boleh buat main.

 

Settle interview, upload koleksi terkini.

Pastu jumpa orang signboard untuk ukur signboard di butik baru.

 

Pastu suami amik van yang dah siap tinted dan saya drive balik ke rumah.

Oh lupa nak cakap hari ni van Toyota Hiace dah keluar. Van ni besar sangat. Saya siap boleh berdiri kat dalam tu. Anak-anak kemain suka.

Beli van sebab sekarang kami ada expo setiap minggu so lebih senang nak angkut barang-barang.

 

Pastu petang tu suami ajak alik kampung tunjuk van baru kat family dia. Hahaha.. comel je perangai macam ni kan. Ada barang baru nak balik tunjuk kat adik beradik.

Tapi bila fikir-fikir balik, Alhamdulillah ada juga tempat untuk berkongsi kegembiraan. Kalaulah beli barang baru tapi takde sesiapa yang nak ditunjuk mesti tak best kan.

 

Malam ni nak sambung tengok drama The Good Wife Season 5. Kepada yang minat cerita-cerita peguam, cubalah layan citer ni. Best woo…

Tahun lepas masa kat Johor saya layan citer ni dari Season 1 – Season 4. Pastu sejak pindah Kelantan busyyyy sangat dan tak sempat layan mana-mana drama. Dan sekarang ni barulah nak start balik.

 

Eh panjang lebar pulak update.

Okay tu je kot. Bye!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *