Untungla..

Untungla ada kawan pandai masak. 🙂

 

Malam ni beraya rumah Kak Yati Meletop. Sedap sangat sangat sangat Kak Yati masak lauk kambing madu + pudina.

Masa makan, tak ingat dunia. Lepas makan, dah tak boleh nak cakap banyak sebab kenyang sangat. Sampai rumah dah tak larat nak buat apa-apa. Cuma boleh baring sambil update sales Benang Hijau dan seterusnya tulis blog ni.

 

Serius rasa disayangi. Maklumlah Kak Yati masak kambing ni spesel untuk saya. Tak jemput orang lain pun. Ajak saya je. Ololo… sayang betul Kak Yati kat saya. Hahaha!! Perasan kejap.

 

Tadi bibik pun sama ikut pergi rumah Kak Yati. Saya dah pesan jangan lupa panggil Dato’ dan Datin pada kawan saya ni.

Sekali pergi rumah Kak Yati, dipanggilnya Puan Seri.

 

Untungla dapat kawan dengan Puan Seri…. Hahahaha!!

 

 

One thought on “Untungla..

  1. Yati

    Ye Datin……..Puan Seri nak komen ni. (poyooooooo) hahahaha

    Akhirnya, tercapai jugak hasrat Datin nak makan kambing masak madu. Kesimpulannya…..kalau nak sesuatu kena selalu sebut. Satu hari nanti pasti akan dapat. Walaupun menunggu selama dua tahun.

    Yang Sedia Berkhidmat,
    Puan Seri Meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *