Kurang Selesa

Sekarang ni dalam pukul 5 pagi. Suami dan Ali tengah tidur dan saya pulak terjaga sebab rasa kurang selesa.

Kurang selesa sebab ni malam kedua kami bertiga tidur dalam kereta.

Padahal bukannya jauh sangat JB-Nilai. Tapi disebabkan suami terlampau penat, dia dah tak mampu nak drive. Mula-mula singgah tidur di Yong Peng. Dan sekarang sambung tidur di Pagoh.

Nilah realiti kehidupan usahawan. Sesekali kena gak merasa tido kat highway macam driver lori. Hihihi…

Saya belum berjaya sangat. Belumlah rasa ada duit berkepuk-kepuk.

Sekarang ni dapat duit -> beli kain -> buat shawl @ baju -> buat promosi -> dapat duit -> tambah kedai -> beli kain -> ulang proses sama.

Duit belum berkepuk tapi dalam minggu depan berkepuk-kepuk kain akan sampai. Alhamdulillah.

Pada pendapat saya, nak senang kena sanggup susah. Kalau nak senang je, memang susah la jadinya.

Weekend minggu ni sangat pantas rasanya. Plan asal nak ke Langkawi. Alih-alih kena pergi ke JB.

Tapi takpelah, dalam menghadapi cabaran ni, saya belajar sesuatu yang baru dan saya pun dapat perbaiki bisnes saya.

Bukan selalu ada cabaran pun. Ada je outlet yang mana staf tersangatlah boleh diharap dan operasi berjalan lancar.

Semalam pun semasa saya sampai secara mengejut di outlet-outlet yang lain, semua staf berada di outlet seperti yang sepatutnya.

Dari cabaran kali ni, saya pun dah buat beberapa perubahan untuk perbaiki sistem sedia ada.

Alhamdulillah mood dah kembali ceria dan sekarang kembali ke gear D untuk meneruskan perjalanan ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *